Perniagaan Roti John boleh dikelaskan sebagai adik beradik burger, benjo, oblong, roti pita dan lain-lain. Roti John amat mudah diperolehi memandangkan ianya adalah suatu makanan yang mudah disediakan dan bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan Roti John amat mudah diperolehi.
Dalam melaksanakan perniagaan ini, pemilik perniagaan seharusnya memilih lokasi yang amat startergik dan berpontensi terutamanya berhampiran dengan kawasan perumahan dan kawasan pembanggunan. Hal ini juga dapat membantu para peniaga kecil untuk mengaut keuntungan dengan lebih tinggi memandangkan makanan yang disediakan adalah lebih cepat ditambah pula dengan kepadatan penduduk dan kesibukkan aktiviti pekerjaan seharian mereka.
Penghasilan Roti John menggunakan bahan-bahan yang amat mudah diperolehi samada di dalam pasaraya mahupun di kedai-kedai runcit berhampiran. Dalam topik yang akan dibincangkan, bahan-bahan dalam penghasilan Roti John akan dikongsikan bersama sebagai manfaat kepada pembaca mahupun kepada usahawan baru.
Perniagaan ini dilihat semakin berkembang di Malaysia terutamanya sewaktu bulan Ramadhan dan rata-rata masyarakat Malaysia tidak mengira usia, bangsa dan agama amat menyukai makanan ini dan sesetengah masyarakat  mengambil juadah ini sebagai makanan yang  wajib untuk berbuka puasa. Makanan ini juga menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan makanan yang ringkas juga berkhasiat.
Perniagaan makanan Roti John ini juga dilihat semakin berkembang dan tahap popularitinya adalah tinggi kepada masyarakat di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis Roti John yang ada dijual seperti Roti John berinti daging dan ayam serta ditambah dengan sos-sos, keju yang amat digemari oleh para pembeli dan peminat Roti John.
 

 
No comments:
Post a Comment