Roti John Malaysia Enterprise ditubuhkan pada 06 April 2017 diatas inspirasi pemilik perniagaan dikenali nama Saiyid Azhar Bin Syed Hashim yang berumur 30 tahun. Beliau telah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Selain itu juga, pemilik perniagaan ini adalah seorang penjawat awam yang telah bekerja di Jabatan Polis Diraja Malaysia. Menyedari hakikat bahawa sektor perniagaan makanan amat memberangsangkan di Malaysia terumatanya makanan segera dan ringkas, beliau telah menceburi sektor perniagaan dengan menjual makanan jenis pembuatan Roti John yang amat digemari oleh majoriti masyarakat di Malaysia.
Perniagaan ini telah diusahakan sendiri oleh beliau sehinggakan telah berjaya membuka sebuah tapak perniagaan di kawasan Bidor , Perak. Selain itu juga, dalam memperkembangkan perniagaannya, beliau mengambil keputusan untuk mengunakan khidmat “ Cash On Delivery” (COD), iaitu menghantar dari rumah ke rumah dengan harga berpatutan. Teknik e-dagang yang dijalankan menerusi laman sosial “Facebook” serta applikasi “whatsapp” dilihat mampu mempertingkatkan lagi keuntungan kepada sektor perniagaan yang diceburinya.
Matlamat Perniagaan
VISI
Mengumpul maklumat bagi melahirkan idea-idea baru untuk usahawan
baru bagi menceburi dalam sektor perniagaan supaya lebih berdaya saing dalam
industri.
MISI
Memastikan para pelanggan dapat menikmati juadah yang lebih cepat dan ringkas serta makanan berkhasiat kepada golongan masyarakat Malaysia yang tidak mengira umur agama dan bangsa , berlandaskan moto ”BERSIH DAN DIYAKINI HALAL”. Selain itu, ianya dapat menarik minat consumer khasnya dikalangan orang islam khususnya membeli makanan yang dijual tanpa was-was.
Justeru itu, ianya juga dapat meningkatkan lagi peratusan orang melayu terutamanya golongan usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan dengan adanya idea-idea baru ditambah pula perniagaan ini melibatkan kos atau modal yang rendah.
OBJEKTIF
Melahirkan semangat usahawan baru dan menjana idea-idea baru
kepada mereka untuk tidak takut akan cabaran dalam sektor perniagaan samada
secara kecil-kecilan mahupun perniagaan yang menggunakan modal yang tinggi.
 
 
No comments:
Post a Comment