Wednesday, October 7, 2020

Proses Penyediaan Produk

Hari ini, kami akan menunjukkan proses penyedian roti john kami. Kami amat menitik beratkan kebersihan produk kami sebelum dibeli oleh pelanggan. Ketika rakaman ini di jalankan, kami menyertai karnival graduasi di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Mei 2019.




LEBIH DARIPADA SEKADAR ROTI JOHN

Daripada klasik Roti John kami olah menjadi sesuatu yang premium. Dari rasa meletup, hingga kombinasi sensasi yang hebat, selagi anda jatuh cinta dengan Roti John kami, kami akan memastikan mempunyai sesuatu untuk anda gemari.




Bahan-bahan dalam Pembuatan Roti John Malaysia

Entri kali ini, kami akan menunjukan bahan-bahan yang digunakan dalam membuat Roti John Malaysia. Kami menggunakan bahan-bahan yang segar dan premium dalam penghasilan roti john yg berkualiti dan segar. Bagi memastikan setiap gigitan yang memuaskan untuk pelanggan kami. Berikut adalah bahan-bahannya:


 
Bawang merah dan bawang putih


Lada Hitam

Roti lembut Panjang bersaiz 25-30cm


Sos Keju untuk penambah perasa

Serbuk Cili samada dari jenama adabi mahun babas



Daging dan ayam kisar dari syarikat Ramli mahupun lain-lain syarikat yang diyakini halal


Garam



Jintan Manis

Serbuk Jintan Putih


Kobis



Mayonis jenama Ladys Choice


Serbuk Kari


Sos cili


Telur





Suasana Tapak Bazar Ramadhan Batang Padang, Bidor Perak.

Ketika di bulan Ramadhan, permintaan Roti John Malaysia amat memberangsangkan. Rata-rata pelanggan tetap mahupun pelanggan baru kami, sanggup beratur panjang, meskipun di bulan puasa. Roti John kami enak dimakan selepas menu utama atau pembuka selera. Dari kanak-kanak hingga ke dewasa, menu ini tidak pernah jemu, malah ia sentiasa dicari-cari. Berikut suasana sekitar tapak bazar ramadhan kami.